Wednesday 26 June 2013

SKSKI 27/6/2013 KHAMIS SEKOLAH DIBUKA SEPERTI BIASA


SKSKI akan dibuka seperti biasa pada 27/6/2013 memandangkan indeks pencemaran udara semakin menunjukkan penurunan kepada yang lebih baik. Semua pelajar SKSKI datang ke sekolah seperti biasa. Sekolah ganti  3 hari disebabkan cuti jerebu ini akan diberitahu kemudian mengikut kesesuaian masa akan datang.


Laman Web Indeks Pencemaran Udara

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sila layari laman web ini : http://apims.doe.gov.my/apims/   

Jika IPU semakin menunjukkan penurunan maka kemungkinan besar esok sekolah akan dibuka semula. Nanti keputusan sebenar persekolahan SKSKI pada malam ini.

Tuesday 25 June 2013

SKSKI CUTI LAGI PADA 26/6/2013 DISEBABKAN JEREBU

Arahan daripada pihak atasan menyarankan supaya semua sekolah di daerah Klang ditutup sementara waktu pada 26/6/2013 disebabkan oleh jerebu yang masih pada tahap berbahaya iaitu melebihi IPU 300>.

Monday 24 June 2013

SKSKI CUTI 25/6/2013 SELASA DISEBABKAN JEREBU



Arahan terbaru berdasarkan kepada Akhbar KPPM jam 7 malam. dari Timbalan Pengarah JPN Selangor. Hanya sekolah di Daerah Klang sahaja cuti pada 25/6/2013 Selasa. Ini berdasarkan bacaan IPU melebihi 300 sekolah wajib tutup. Bacaan IPU 250-300 perlu merujuk KPM untuk ditutup. Manakala kawasan IPU 250 ke bawah sekolah perlu dibuka semula. Hanya daerah Klang sahaja sekolah cuti kerana IPU melebihi 300. Lain-lain daerah sekolah dibuka seperti biasa. Boleh rujuk IPU di Laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. : http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx

Wednesday 12 June 2013

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) 2013


Permohonan Program Pensiswazahan Guru bermula pada 10 Jun 2013 hingga 14 Julai 2013.
Sila isi borang permohonan secara online di : http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/permohonan/index.cfm